Monday 8 September 2014

CAKE CHOCOLATE MOIST PENGIKAT KASIH KELUARGA


Arini mira ingin kongsi kan resipi kek coklat basah favorite adik-adik mira..kalau mira balik kampung kek ini lah diaorg suruh mira membuat selain confalake madu.setiap hari raya confirm kena ada kek coklat basah dengan cornflake madu.tiasa yang ini tiada rasa nak raya bagi adik-adik mira..inila rahsia mira..mira kongsi resepi dengan anda-anda semua yea.

Bahan untuk kek coklat.
Bahan A
·

- 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 


Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 

Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

sila cuba okeyyy...xnyesal nye...konpem jadi.. 



"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" UNTUK MENGETAHUI LABIH LANJUT SILA HUBUNGI SAYA: FB:Vitamin and Suplement WHATSSAP/SMS/CALL : 019-3850240 EMAIL: mirah_adam91@yahoo.com.my **Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit...

No comments:

Post a Comment