Thursday 15 May 2014

RECIPE CHOCOLATE LASAGNA


Assalamualaikum..
 arini mira ingin kongsi dengan uoals untuk membuat kek chocolate lasagna..asyik update tentang product and suplement je.,.pe salahkan sekali sekala kita kongsi tips2 untuk masakan.mana tahu suami-suami uoals tambah sayang dekat uoals..selain kita jaga penampilan,kecantikan dan kesihatan,kita kena juga jaga makan suami kan?mesti nak pikat hati suami melalui masakan?so arini mira kongsi satu resipi yang mudah untuk membuat dessert.

Bahan-Bahan A:

36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali) 
6 sudu besar butter dicairkan 
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Ketepikan. 

Bahan-Bahan B:

200 gm cream cheese 
1 cawan Non-dairy whipping cream 
100 gm gula kastor (boleh juga guna gula aising jika suka)
2 sudu besar susu segar 

Cara-Cara:


1. Pukul cream cheese sehingga lembut. 
2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi 3. sehingga ianya lembut dan gebu. 
4. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan. 
5. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
6. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. 

Bahan-Bahan C (CHOCOLATE COCONUT PUDDING):
1/4 cawan tepung jagung 
1/2 cawan gula kastor 
1/8 tsp garam 
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat 
185 gm dark chocolate, dicincang 
1 tsp esen vanilla 
1 tbsp serbuk koko 

Cara-Cara:

1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. 2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit). Boleh guna hand whisk . 
3. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental. 
4. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata. 
5. Sejukkan dan ketepikan. 

** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara Melapis:


1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan. 
2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 
3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan. 
4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat. 
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.



"SELAMAT MEMCUBA YEA"


"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 
 UNTUK MENGETAHUI LABIH LANJUT SILA HUBUNGI SAYA: 
 FB:Vitamin and Suplement 
 WHATSSAP/SMS/CALL : 019-3850240 
 EMAIL: mirah_adam91@yahoo.com.my 
 **Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit...

No comments:

Post a Comment